Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Isu Tular Polis Nafi Kejadian Warga Emas Cabul Kanak Kanak Perempuan

Diterbitkan: 17 Jul 2022 5.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bukit Mertajam, 17 Julai 2022 - Polis menafikan dakwaan terdapat seorang lelaki warga emas di sekitar Seberang Jaya dekat sini, yang dikatakan berkelakuan tidak senonoh dan mencabul kanak-kanak perempuan, seperti yang ditularkan di media sosial sejak kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-isu-tular-polis-nafi-kejadian-warga-emas-cabul-kanak-kanak-perempuan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 22:54 MYT
Bukit Mertajam, 17 Julai 2022 - Polis menafikan dakwaan terdapat seorang lelaki warga emas di sekitar Seberang Jaya dekat sini, yang dikatakan berkelakuan tidak senonoh dan mencabul kanak-kanak perempuan, seperti yang ditularkan di media sosial sejak kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Tan Cheng San berkata, polis telah menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu termasuk merekodkan keterangan ibu kepada kanak-kanak berkenaan.
Katanya wanita itu menafikan dakwaan sebagaimana yang ditularkan di media sosial semalam, sebaliknya mengaku bahawa lelaki dalam gambar yang ditularkan itu adalah jirannya, malah telah dianggap seperti ahli keluarga sendiri.
Beliau berkata polis turut menerima dua laporan yang dibuat oleh warga emas berumur 80 tahun itu bagi menafikan dakwaan, dan siasatan lanjut mengenainya telah dijalankan, termasuk merekodkan keterangan jiran lelaki itu.
"Lelaki serta kanak-kanak itu tinggal di kawasan perumahan yang sama dan saksi mengesahkan bahawa warga emas itu telah nyanyuk di samping tidak boleh berkomunikasi dengan baik," katanya.
Sejak semalam, tular satu hantaran bersama beberapa keping gambar di laman sosial Facebook yang meminta orang ramai berhati-hati dengan seorang lelaki warga emas, kononnya berkelakuan tidak senonoh dan mencabul kanak-kanak perempuan.
Sumber: BERNAMA

 
ArtikelDiterbitkan 17 Jul 2022 5.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM