Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Isu Tular Perut Lelaki Mabuk Terburai Ditikam Rakan

Diterbitkan: 30 Jun 2025 2.16 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Tawau, 30 Jun 2025 - Akibat mabuk, seorang lelaki cedera parah dengan usus terburai selepas ditikam dalam kejadian di hadapan sebuah pasar raya di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-isu-tular-perut-lelaki-mabuk-terburai-ditikam-rakan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:55 MYT
Tawau, 30 Jun 2025 - Akibat mabuk, seorang lelaki cedera parah dengan usus terburai selepas ditikam dalam kejadian di hadapan sebuah pasar raya di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.43 petang itu, pergaduhan dikatakan tercetus selepas kedua-dua lelaki terbabit yang juga buruh kasar dan saling mengenali, dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol sebelum berlaku pertengkaran mulut yang membawa kepada kejadian tikaman menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999 memaklumkan mengenai insiden pergaduhan di kawasan terbabit.

"Sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah bersama Cawangan Kereta Peronda bergegas ke lokasi dan berjaya menahan seorang lelaki kira-kira jam 5.00 petang di tempat kejadian.

"Siasatan mendapati suspek berusia 37 tahun dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah untuk berada di negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

Sumber: Berita Harian

Lelaki mabuk maut, perut terburai ditikam kenalan | Berita Harian


ArtikelDiterbitkan 30 Jun 2025 2.16 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM