Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Isu Tular Ibu Kandung Direman Seminggu Dera Anak Sendiri

Published: 17 Sep 2022 12.40 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Bharu, 17 September 2022 - Seorang wanita yang disyaki tergamak mendera anak sendiri, ditahan polis dan direman selama seminggu bermula hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-isu-tular-ibu-kandung-direman-seminggu-dera-anak-sendiri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:29 MYT
Kota Bharu, 17 September 2022 - Seorang wanita yang disyaki tergamak mendera anak sendiri, ditahan polis dan direman selama seminggu bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud, berkata wanita itu ditahan di rumahnya dekat Kok Lanas di sini, jam 3.30 petang semalam.

Beliau berkata, berdasarkan laporan diterima, pada Mac lalu, pengadu yang juga bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun itu menerima satu video daripada teman lelaki bekas isterinya yang memaparkan tindakan wanita itu memukul mangsa.

"Sebelum ini mereka menetap di Tampin, Negeri Sembilan namun selepas bercerai pada 2020, suspek dan mangsa berpindah ke Kota Bharu, manakala seorang lagi anak mereka dibawa jagaan pengadu.

"Laporan polis dibuat pengadu pada 10 Mac lalu sebaik melihat video berkenaan, namun dalam tempoh yang sama cuba menyelesaikan perkara itu dengan suspek," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../ibu-kandung-direman...

ArticlePublished 17 Sep 2022 12.40 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM