Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Isu Tular 11 Ditahan Kes Bertumbuk Di Batu Pahat

Published: 14 Feb 2023 2.47 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Batu Pahat, 14 Februari 2023 – Seramai 11 individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan susulan sebuah video tular membabitkan seorang penghantar makanan dan beberapa individu yang lain.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-isu-tular-11-ditahan-kes-bertumbuk-di-batu-pahat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 02:59 MYT
Batu Pahat, 14 Februari 2023 – Seramai 11 individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan susulan sebuah video tular membabitkan seorang penghantar makanan dan beberapa individu yang lain.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata, kesemua lelaki yang ditahan berusia antara 17 hingga 62 tahun.
Menurutnya, mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menerima laporan polis pada pukul 2.30 petang semalam berlakunya pergaduhan antara pengadu dan ahli keluarganya dengan seorang lelaki penghantar makanan di sebuah rumah inap desa di Sri Gading, Batu Pahat, semalam.

"Dalam kejadian ini, penghantar makanan turut membuat laporan berhubung kejadian itu. Kedua-dua pengadu mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan badan.
“Susulan laporan ini, polis menahan 11 lelaki warga tempatan berusia lingkungan 17 sehingga 62 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.kosmo.com.my/.../11-ditahan-bantu-siasatan.../

Sumber: Kosmo Online

Artikel Pilihan Isu Tular 11 Ditahan Kes Bertumbuk Di Batu Pahat
ArticlePublished 14 Feb 2023 2.47 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM