Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Ipd Wangsa Maju Nadi Keselamatan Kedutaan Asing

Diterbitkan: 20 Jun 2020 10.17 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 20 Jun 2020 - Keakraban Malaysia dengan negara luar memang tidak boleh disangkal lagi dan ia dibuktikan dengan adanya 103 kedutaan asing yang dibuka di negara ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-ipd-wangsa-maju-nadi-keselamatan-kedutaan-asing
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:47 MYT

Kuala Lumpur, 20 Jun 2020 - Keakraban Malaysia dengan negara luar memang tidak boleh disangkal lagi dan ia dibuktikan dengan adanya 103 kedutaan asing yang dibuka di negara ini.

Menjadikan ibu negara sebagai lokasi kedutaan antarabangsa di Malaysia, semestinya tahap keselamatan setiap kedutaan menjadi tonggak utama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Daripada jumlah keseluruhan kedutaan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju merupakan ‘watak’ penting yang dipertanggungjawabkan mengurus kawalan keselamatan di 52 pejabat kedutaan di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata pihaknya akan sentiasa memastikan keselamatan setiap kedutaan di daerah itu terpelihara.

"Selain 52 pejabat kedutaan, kami turut memantau 54 rumah duta dan aset kepentingan kedutaan yang berada di bawah kawasan IPD Wangsa Maju.

"Selain meletakkan balai polis bergerak di hadapan kedutaan, terdapat unit peronda khas yang akan memantau setiap kedutaan selama 24 jam. Ini penting kerana ia mencerminkan imej negara yang sentiasa menitikberatkan keselamatan di setiap kedutaan di negara ini," katanya ketika ditemui Bernama, baru-baru ini.

Superintendan Rajab berkata sepanjang tahun lepas, hanya satu kes ancaman keselamatan di kawasan kedutaan di rekodkan di Malaysia.

"Pada Ogos tahun lepas, sebuah kedutaan menyatakan terdapat ancaman bom daripada individu tidak dikenali. Namun tiada sebarang objek ditemui di sekitar kawasan tersebut.

"Namun, kita banyak menguruskan kawalan keselamatan terhadap kedutaan negara besar apabila terdapat kumpulan yang ingin melakukan protes dan penyerahan memorandum kepada kedutaan berkenaan," katanya.

Bacaan lanjut di pautan berikut https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1852978

Ayuh layari Facebook Rasmi IPD Wangsa Maju bagi mendapatkan informasi terkini dan maklumat lanjut di pautan https://www.facebook.com/ipdwm/

ArtikelDiterbitkan 20 Jun 2020 10.17 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM