Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Influencer Disaman Tiada Lesen Memandu

Published: 18 Jul 2022 1.22 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Seorang pempengaruh terkenal disaman kerana didapati tidak mempunyai lesen memandu ketika ditahan dalam pemeriksaan di Jalan Raja Laut, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-influencer-disaman-tiada-lesen-memandu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:30 MYT
Kuala Lumpur, 18 Julai 2022 - Seorang pempengaruh terkenal disaman kerana didapati tidak mempunyai lesen memandu ketika ditahan dalam pemeriksaan di Jalan Raja Laut, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, lelaki berusia 20-an berkenaan ditahan ketika sedang memandu kenderaan jenis Audi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Azmi Abu Kassim ketika dihubungi mengesahkan polis mengeluarkan notis saman terhadap individu berkenaan.

"Hasil pemeriksaan dilakukan, kami mendapati lelaki terbabit tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.

"Justeru, polis mengambil tindakan dengan mengeluarkan satu saman atas dua kesalahan berkenaan," katanya.

Sumber: Harian Metro

May be an image of 2 people, people standing and road
ArticlePublished 18 Jul 2022 1.22 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM