Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Individu Cuba Hasut Timbulkan Kegentaran Awam Boleh Dikenakan Sosma Mdn

Published: 01 Sep 2021 1.15 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Putrajaya, 1 September 2021 - Mana-mana individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan sehingga menimbulkan kegentaran awam boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), kata Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-individu-cuba-hasut-timbulkan-kegentaran-awam-boleh-dikenakan-sosma-mdn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:12 MYT
Putrajaya, 1 September 2021 - Mana-mana individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan sehingga menimbulkan kegentaran awam boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), kata Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata tindakan sedemikian adalah selaras dengan dasar Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai sebuah kementerian yang ingin memastikan keamanan negara dapat dijaga dengan baik.

Dato' Seri Hamzah berkata, sekiranya ada individu yang menghasut sehingga menimbulkan ketidakselesaan atau cuba melarikan diri dengan keluar negara, berkemungkinan tindakan SOSMA boleh diambil.

"Kadang-kadang manusia ini tersilap makan ubat…tersilap makan macam-macam sehinggakan tuduhan sedemikian (menghasut) boleh ikut (orang awam terpengaruh) dengan menghasut orang lain,” katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1998616

Sumber: Hamzah Zainudin dan BERNAMA
ArticlePublished 01 Sep 2021 1.15 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM