Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Hari Polis Ke 218 Pengorbanan Anggota Pdrm Tidak Ternilai Kerajaan Tawar Insentif Rebat Rahmah Menteri Komunikasi

Diterbitkan: 25 Mar 2025 7.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 25 Mac 2025 - Pengorbanan dan jasa dicurahkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak ternilai harganya, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil. Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata walaupun berdepan dengan pebagai cabaran serta pahit getir, pasukan Sang Saka Biru itu terus berdiri teguh memastikan keamanan dan keharmonian negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-hari-polis-ke-218-pengorbanan-anggota-pdrm-tidak-ternilai-kerajaan-tawar-insentif-rebat-rahmah-menteri-komunikasi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:45 MYT
Artikel Pilihan Hari Polis Ke 218 Pengorbanan Anggota Pdrm Tidak Ternilai Kerajaan Tawar Insentif Rebat Rahmah Menteri Komunikasi
Laman Utama / Artikel / Artikel Pilihan Hari Polis Ke 218 Pengorbanan Anggota Pdrm Tidak Ternilai Kerajaan Tawar Insentif Rebat Rahmah Menteri Komunikasi
Kembali ke Pustaka
Artikel

Artikel Pilihan Hari Polis Ke 218 Pengorbanan Anggota Pdrm Tidak Ternilai Kerajaan Tawar Insentif Rebat Rahmah Menteri Komunikasi

Kuala Lumpur, 25 Mac 2025 - Pengorbanan dan jasa dicurahkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak ternilai harganya, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi...
Kuala Lumpur, 25 Mac 2025 - Pengorbanan dan jasa dicurahkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak ternilai harganya, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata walaupun berdepan dengan pebagai cabaran serta pahit getir, pasukan Sang Saka Biru itu terus berdiri teguh memastikan keamanan dan keharmonian negara.

Dalam menyampaikan ucapan selamat menyambut Hari Polis, Datuk Fahmi berharap Insentif Rebat RAHMAH pascabayar dan prabayar bil telefon kepada mereka sempena sambutan Hari Polis ke-218 hari ini, sedikit sebanyak dapat menceriakan mereka, lebih-lebih lagi dengan sambutan Aidilfitri yang semakin hampir.

“Teruslah berkhidmat dengan penuh adil, dedikasi, amanah dan integriti, demi kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya.
Pemberian Insentif Rebat RAHMAH dilaksanakan dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telekomunikasi kepada anggota beruniform serta awam yang berkhidmat dengan PDRM, dan ia akan memberi manfaat kepada lebih 127,000 orang.

Menerusi insentif itu, anggota PDRM yang mendaftar pelan pascabayar akan menikmati rebat dalam bentuk tanggungan pembayaran bil selama sebulan sama ada pada bulan April, Mei atau Jun, bergantung kepada tarikh kitaran bil penerima rebat.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2405980


Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Hari Polis Ke 218 Pengorbanan Anggota Pdrm Tidak Ternilai Kerajaan Tawar Insentif Rebat Rahmah Menteri Komunikasi
ArtikelDiterbitkan 25 Mar 2025 7.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM