Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Hari Pahlawan 2021 Wira Negara Kongsi Kejayaan Taktikal Tumpaskan Komunis

Published: 02 Sep 2021 10.13 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 2 September 2021 - Kegagalan Parti Komunis Malaya (PKM) merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata yang seterusnya membawa kepada pembubaran pasukan Bintang Tiga itu pada 1989, membuktikan kehebatan pasukan keselamatan negara dalam menentang ideologi perjuangan komunis di negara ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-hari-pahlawan-2021-wira-negara-kongsi-kejayaan-taktikal-tumpaskan-komunis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:47 MYT
Kuala Lumpur, 2 September 2021 - Kegagalan Parti Komunis Malaya (PKM) merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata yang seterusnya membawa kepada pembubaran pasukan Bintang Tiga itu pada 1989, membuktikan kehebatan pasukan keselamatan negara dalam menentang ideologi perjuangan komunis di negara ini.

Pendekatan taktikal dan psikologi antara kaedah yang digunakan pasukan keselamatan terutama dalam menghapuskan saki-baki komunis di tanah air sekitar tahun 70 dan 80-an sepertimana yang dikongsikan dua wira negara, pesara Superintendan Datuk Paul Kiong dan Kapten (😎 Dr. Wong Ah Peng.

Meskipun kedua-dua mereka bertugas dalam pasukan keselamatan yang berbeza, Datuk Paul Kiong dari pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala Dr. Wong Ah Peng dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), namun misi dan matlamat kedua-dua anggota keselamatan ini adalah sama untuk menumpaskan pengganas komunis demi keamanan negara.

Datuk Paul Kiong, 77, berkata, pengalamannya dalam tugas risikan dalam Cawangan Khas PDRM telah mendapat kepercayaan pihak atasan untuk menjalankan misi penyamaran bagi mendapatkan maklumat kegiatan komunis di negara ini.

Pendekatan serangan psikologi yang digunakan membolehkan beliau mendekati dan menyamar sebagai anggota kumpulan komunis itu untuk mendapatkan maklumat sebanyak mungkin sekali gus memudahkan usaha menumpaskan mereka.

“Jika guna pendekatan bunuh musuh (komunis), tidak akan memberikan sebarang maklumat kepada pasukan. Jadi saya terpaksa menyamar sebagai pembekal makanan bagi mendapatkan kepercayaan anggota komunis selepas diarahkan pihak atasan, melihat kepada pengalaman dan ilmu yang saya ada mengenai pergerakan kumpulan itu.

“Bermula dari situ, saya tidak berpatah balik dan meneruskan penyamaran dengan menyertai kumpulan elit dan bergaul dengan mereka (komunis) selama enam tahun,” katanya dalam wawancara khas bersama Bernama baru-baru ini.

Bacaan lanjut di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1998896

Sumber: BERNAMA

ArticlePublished 02 Sep 2021 10.13 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM