Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Hari Kebangsaan Ke 66 Pengalaman Terjun Beratus Kali Penting Untuk Jayakan Aksi Terjun Tepat

Published: 26 Aug 2023 9.08 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Anggota 69 Komando, Sarjan Shahril Afiza Zahari atau lebih dikenali dengan panggilan 'Janggut' berkata bagi menentukan terjunan seseorang penerjun itu tepat, antara kemahiran diperlukan ialah peka dengan ketinggian, cuaca termasuk angin selain mempunyai banyak pengalaman.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-hari-kebangsaan-ke-66-pengalaman-terjun-beratus-kali-penting-untuk-jayakan-aksi-terjun-tepat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:17 MYT
Taiping, 26 Ogos 2023 - Sesuai dengan cogan kata 'Warisan Darah Perwira' anggota Pasukan 69 Komando Polis Diraja Malaysia tidak pernah gentar untuk menghadapi apa sahaja cabaran.

Sebarang tugasan yang diberi lebih-lebih lagi jika melibatkan nyawa, pastinya dapat dilaksanakan dengan sempurna berbekalkan pengalaman dan kemahiran dimiliki anggota 69 Komando.

Anggota 69 Komando, Sarjan Shahril Afiza Zahari atau lebih dikenali dengan panggilan 'Janggut' berkata bagi menentukan terjunan seseorang penerjun itu tepat, antara kemahiran diperlukan ialah peka dengan ketinggian, cuaca termasuk angin selain mempunyai banyak pengalaman.

“Banyak pengalaman maksud saya ialah mereka ini telah membuat ratusan aksi terjun dan peka dengan ketinggian jarak daratan agar dapat mendarat dengan tepat di sasaran.

“Selain itu, mereka ini perlu mahir ‘membaca’ tahap tiupan angin agar tidak melebihi 30 knot kelajuan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui semasa membuat latihan Aksi Terjun Tepat bersempena dengan Hari Kebangsaan 2023 di Padang Tekah, baru-baru ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

Sumber: BERNAMA

PENGALAMAN TERJUN BERATUS KALI PENTING UNTUK JAYAKAN AKSI TERJUN TEPAT
ArticlePublished 26 Aug 2023 9.08 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM