Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Hari Kebangsaan Ke 66 Enam Anggota 69 Komando Buat Aksi Terjun Tepat

Published: 25 Aug 2023 12.35 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Taiping, 25 Ogos 2023 - Aksi terjun tepat dari ketinggian 4,000 meter yang kemudiannya mempunyai tempoh hanya beberapa saat untuk membuka payung terjun sebelum mendarat di hadapan khemah utama sambutan Hari Kebangsaan 2023 Khamis depan, bukanlah sesuatu yang mudah selain berisiko tinggi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-hari-kebangsaan-ke-66-enam-anggota-69-komando-buat-aksi-terjun-tepat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:29 MYT
Taiping, 25 Ogos 2023 - Aksi terjun tepat dari ketinggian 4,000 meter yang kemudiannya mempunyai tempoh hanya beberapa saat untuk membuka payung terjun sebelum mendarat di hadapan khemah utama sambutan Hari Kebangsaan 2023 Khamis depan, bukanlah sesuatu yang mudah selain berisiko tinggi.

Namun, dengan ketangkasan dan kehebatan berbekalkan pengalaman dimiliki, enam anggota pasukan 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukannya dan aksi terjunan itu antara yang bakal memukau orang ramai yang datang ke Dataran Putrajaya.

Komander 69 Komando, SAC Hamzah Hashim berkata aksi berkenaan sukar dilakukan oleh mana-mana penerjun profesional di dalam negara namun, pasukannya akan membuktikan kehebatan mereka yang merupakan benteng negara.

"Jika latihan terakhir (latihan terjunan) kami buat pada tahun lepas dijayakan hanya dengan sekali dua latihan, Insya-Allah mereka (anggota 69 Komando) dapat membuat terjunan tepat ke sasaran yang ditetapkan pada Hari Kebangsaan nanti.

"Keenam-enam yang terlibat kali ini kebanyakannya pakar dan mahir dalam membuat aksi terjunan tepat di samping latihan secara berterusan," katanya kepada Bernama ketika ditemui semasa membuat demonstrasi Aksi Terjun Tepat di Padang Tekah di sini, baru-baru ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2219640

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 25 Aug 2023 12.35 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM