Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Hari Kebangsaan Ke 65 Semangat Patriotik Polis Veteran Tidak Luntur Meskipun 12 Tahun Sertai Perarakan Kebangsaan

Published: 30 Aug 2022 6.53 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 30 Ogos 2022 - Selepas 12 tahun menyertai perarakan Hari Kebangsaan, bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cawangan Khas, Pesara Mohd Yusof Omar masih setia menghadiri sambutan hari bersejarah di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-hari-kebangsaan-ke-65-semangat-patriotik-polis-veteran-tidak-luntur-meskipun-12-tahun-sertai-perarakan-kebangsaan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:25 MYT
Artikel Pilihan Hari Kebangsaan Ke 65 Semangat Patriotik Polis Veteran Tidak Luntur Meskipun 12 Tahun Sertai Perarakan Kebangsaan
Home / Article / Artikel Pilihan Hari Kebangsaan Ke 65 Semangat Patriotik Polis Veteran Tidak Luntur Meskipun 12 Tahun Sertai Perarakan Kebangsaan
Back to Library
Article

Artikel Pilihan Hari Kebangsaan Ke 65 Semangat Patriotik Polis Veteran Tidak Luntur Meskipun 12 Tahun Sertai Perarakan Kebangsaan

Kuala Lumpur, 30 Ogos 2022 - Selepas 12 tahun menyertai perarakan Hari Kebangsaan, bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cawangan Khas, Pesara Mohd Yusof...
Kuala Lumpur, 30 Ogos 2022 - Selepas 12 tahun menyertai perarakan Hari Kebangsaan, bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cawangan Khas, Pesara Mohd Yusof Omar masih setia menghadiri sambutan hari bersejarah di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini.

Mohd Yusof, 67, menyertai perarakan di bawah dua pasukan iaitu Pasukan F Cawangan Khas PDRM "Hanya Yang Berani" dan Skuad 69 PDRM kerana semangat patriotiknya sentiasa mengingatkan kembali pengorbanan pejuang kemerdekaan dahulu menabur bakti kepada negara.

Beliau berkata sambutan Hari Kebangsaan merupakan detik yang dinantikan setiap tahun untuk melihat kemeriahan dengan pelbagai perarakan serta persembahan yang telah diatur dan setiap tahun ia akan menampilkan kelainan berdasarkan tema sambutan yang ditetapkan.

"Pak cik berarak untuk Hari Kebangsaan sudah lebih kurang 12 tahun, ada masa ikut perarakan, ada masa pak cik di pentas sebagai tetamu jemputan untuk perarakan," katanya kepada Bernama.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2115780

Sumber: BERNAMA

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

ArticlePublished 30 Aug 2022 6.53 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM