
Article
Artikel Pilihan Hari Kebangsaan Ke 65 Parut Tembakan Bukti Pengorbanan Pesara Lans Koperal Samin Parlan Menentang Komunis
Pontian, 27 Ogos 2022 - Kesan parut tiga das tembakan di tubuh menjadi bukti pengorbanan dan penderitaan pesara Lans Koperal Samin Parlan dalam menentang komun...
Pontian, 27 Ogos 2022 - Kesan parut tiga das tembakan di tubuh menjadi bukti pengorbanan dan penderitaan pesara Lans Koperal Samin Parlan dalam menentang komunis 46 tahun lepas.
Dalam kejadian itu, beliau yang ketika itu berpangkat konstabel dan berusia 36 tahun terkena dua tembakan di perut serta satu di dada.
Menceritakan peristiwa hitam itu, Samin berkata, ketika itu beliau bersama dua rakan, dikenali sebagai Yam Yam Fong dan Mohamad Salleh ditugaskan untuk membantu seorang Pegawai Cawangan Khas, Inspektor Mat Zin ke rumah tersebut yang dipercayai tempat persembunyian komunis.
“Sebaik sampai di rumah berkenaan, kami melihat ada seorang lelaki dipercayai ejen komunis keluar dari hutan berdekatan hendak masuk ke rumah itu dan kami tahan serta periksa.
“Tak lama selepas itu terdengar bunyi tembakan, tapi tak dapat dipastikan dari arah mana tembakan itu. Ia berlaku dengan cepat dan kami berbalas tembakan. Saya hanya sedar apabila sudah terbaring cedera bersama Mohamad manakala Yam selamat,” katanya.
Beliau berkata Inspektor Mat dan seorang ejen komunis maut dalam insiden itu namun polis berjaya merampas sepucuk pistol, sejumlah peluru dan sejumlah dokumen berkaitan komunis di lokasi kejadian.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#27082022