Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Hari Kebangsaan 2024 Wira Insiden Tembakan Balai Polis Ulu Tiram Pimpin Ikrar Rukun Negara Laungan Merdeka

Diterbitkan: 31 Aug 2024 9.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.25 AM
Putrajaya, 31 Ogos 2024 - Wira insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, Koperal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa memimpin bacaan ikrar Rukun Negara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-hari-kebangsaan-2024-wira-insiden-tembakan-balai-polis-ulu-tiram-pimpin-ikrar-rukun-negara-laungan-merdeka
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 10:49 MYT
Putrajaya, 31 Ogos 2024 - Wira insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, Koperal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa memimpin bacaan ikrar Rukun Negara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 hari ini.

Suasana menjadi lebih bermakna apabila suara lantang Koperal Mohd Khairul melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali bergema di Dataran Putrajaya, seolah-olah mengimbau detik bersejarah laungan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Acara bacaan ikrar itu turut disertai 66 pelajar dari Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas Cheras, Kuala Lumpur.

Dalam kejadian pada 2.45 pagi 17 Mei lepas, dua anggota polis di balai berkenaan terkorban selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan parang.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2335373

Sumber: BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 31 Aug 2024 9.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 2.25 AM