Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Hari Kebangsaan 2023 Selamat Mendarat Walaupun Angin Kuat

Published: 31 Aug 2023 3.07 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Putrajaya, 31 Ogos 2023 - Dalam aksi mendebarkan apabila perlu berdepan dengan cabaran angin kuat serta permukaan licin untuk mendarat ekoran hujan pada waktu subuh, enam penerjun dalam acara sambutan Hari Kebangsaan 2023 masih dapat menepati sasaran mendarat tepat di kawasan Pentas Diraja di Dataran Putrajaya di sini hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-hari-kebangsaan-2023-selamat-mendarat-walaupun-angin-kuat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 12:13 MYT
Putrajaya, 31 Ogos 2023 - Dalam aksi mendebarkan apabila perlu berdepan dengan cabaran angin kuat serta permukaan licin untuk mendarat ekoran hujan pada waktu subuh, enam penerjun dalam acara sambutan Hari Kebangsaan 2023 masih dapat menepati sasaran mendarat tepat di kawasan Pentas Diraja di Dataran Putrajaya di sini hari ini.

Keenam-enam pegawai dan anggota Pasukan 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terbabit dalam Aksi Terjun Tepat itu berjaya memukau mata lebih 100,000 pengunjung di Dataran Putrajaya, tanpa tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun ada yang tergelincir.

"Alhamdullillah perasaan gembira dan bangga kerana berjaya melaksanakan dan mempersembahkan serta mendarat betul-betul di hadapan Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah)," kata Anggota 69 Komando Sarjan Shahril Afiza Zahari.

"Semua penerjun selamat mendarat dan tidak ada sebarang kecederaan atau kemalangan yang berlaku semasa kami mendarat di (hadapan) Pentas Diraja," katanya kepada Bernama hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

Artikel Pilihan Hari Kebangsaan 2023 Selamat Mendarat Walaupun Angin Kuat
ArticlePublished 31 Aug 2023 3.07 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM