
Article
Artikel Pilihan Hari Ke 2 Nahas Pesawat N28jv Polis Cari Pemilik Rakaman Nahas Bantu Siasatan
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-cari-pemilik-rakaman...
Shah Alam, 18 Ogos 2023 - Pemilik kamera papan pemuka atau dashcam yang merakamkan kejadian pesawat terhempas di Elmina dekat sini, petang semalam, diminta tampil membantu siasatan.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, rakaman berkenan boleh membantu siasatan pihak berkuasa mengenai insiden yang mengorbankan 10 nyawa itu.
Beliau turut memaklumkan pesawat itu tidak mempunyai Perakam Data Penerbangan (FDR) manakala perakam suara kokpit (CVR) sudah ditemui pada jam 10.20 malam tadi.
Katanya, CVR itu dijumpai oleh pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di lokasi utama nahas.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-cari-pemilik-rakaman...