Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Hari Ke 2 Nahas Pesawat N28jv Operasi Tumpu Cari Baki Cebisan Badan Mangsa Kpn

Diterbitkan: 18 Aug 2023 10.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Shah Alam, 18 Ogos 2023 - Pencarian di lokasi nahas pesawat di Persiaran Elmina dekat sini semalam hampir selesai, dengan baki operasi itu kini tertumpu kepada mencari cebisan badan mangsa yang masih tertinggal.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-hari-ke-2-nahas-pesawat-n28jv-operasi-tumpu-cari-baki-cebisan-badan-mangsa-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:32 MYT
Shah Alam, 18 Ogos 2023 - Pencarian di lokasi nahas pesawat di Persiaran Elmina dekat sini semalam hampir selesai, dengan baki operasi itu kini tertumpu kepada mencari cebisan badan mangsa yang masih tertinggal.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, proses pencarian kini 95 peratus selesai apabila semua 10 mayat mangsa ditemui.
Bagaimanapun, katanya, pihaknya kini dalam peringkat akhir mencari jika masih ada cebisan badan mangsa yang tertinggal.

"Semua mayat dan cebisan badan yang kita jumpa sudah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat dalam masa terdekat.
"Sejumlah 22 waris juga sudah diambil sampel DNA untuk kita padankan dengan mayat mangsa," katanya pada sidang media di lokasi kejadian dekat sini, hari ini.
Ditanya mengenai jumlah sebenar mangsa, beliau berkata ia hanya akan diketahui selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan terhadap mayat.

Katanya, ia mengambil kita seorang mangsa adalah pemandu e-hailing dan tidak dapat dipastikan bahawa mangsa ada membawa penumpang ketika kejadian.
"Pemandu itu sebenarnya sudah “reject” penumpang jam 2 petang. Kita dah periksa dengan syarikat, dia memang “reject” penumpang dan kita syak dia memang seorang.
"Cuma “human remains” (cebisan badan) ini bila kita buat DNA baru kita tahu ada terlebih atau tidak (mangsa). Buat masa ini, kita anggap dia (pemandu e-hailing) seorang saja," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../operasi-tumpu-cari-baki...

 

ArtikelDiterbitkan 18 Aug 2023 10.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM