Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Hanya Like Share Taktik Jerat Mangsa Penipuan Pekerjaan Dalam Talian Pengarah Jsjk

Diterbitkan: 07 Apr 2026 8.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 7 April 2026 - Tawaran kerja sambilan yang kononnya mudah seperti tugasan menekan butang "like", "share" atau pembelian barangan secara dalam talian kini menjadi taktik penipuan yang memperdaya orang ramai, khususnya individu yang mencari pendapatan tambahan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-hanya-like-share-taktik-jerat-mangsa-penipuan-pekerjaan-dalam-talian-pengarah-jsjk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:31 MYT
 
Kuala Lumpur, 7 April 2026 - Tawaran kerja sambilan yang kononnya mudah seperti tugasan menekan butang "like", "share" atau pembelian barangan secara dalam talian kini menjadi taktik penipuan yang memperdaya orang ramai, khususnya individu yang mencari pendapatan tambahan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Rusdi Mohd Isa berkata, kegiatan itu dikesan berdasarkan risikan dan maklumat yang dikumpul dalam tempoh 15 bulan dari Januari 2025 hingga 15 Mac lepas.

Beliau berkata sebanyak 10,304 kes direkodkan dalam tempoh berkenaan membabitkan kerugian kira-kira RM251.2 juta dengan Selangor mencatat jumlah kes dan kerugian tertinggi, iaitu 2,684 kes melibatkan kerugian RM80.18 juta, diikuti Kuala Lumpur dengan 1,170 kes (RM36.47 juta) dan Johor merekodkan 1,443 kes (RM27.31 juta).

“Penipuan pekerjaan lazimnya melibatkan tawaran kerja sambilan, namun mangsa akan diminta membuat bayaran pendahuluan atau top-up kononnya untuk mendapat komisen sebelum akhirnya diperdaya tanpa menerima sebarang pulangan.

"Sindiket ini menggunakan pelbagai platform media sosial dan aplikasi pesanan untuk memperdaya mangsa dan polis memandang serius kegiatan ini serta akan mengambil tindakan tegas terhadap individu atau kumpulan yang terlibat,” katanya kepada Bernama.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

Hanya
ArtikelDiterbitkan 07 Apr 2026 8.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM