Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Guna Aplikasi Penjejak Pantau Pergerakan Ahli Keluarga Kpn

Published: 29 Aug 2024 1.19 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kota Bharu, 29 Ogos 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyarankan agar orang ramai menggunakan aplikasi penjejak dalam telefon bimbit masing-masing untuk memantau pergerakan ahli keluarga dan kanak-kanak.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-guna-aplikasi-penjejak-pantau-pergerakan-ahli-keluarga-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:32 MYT
Kota Bharu, 29 Ogos 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyarankan agar orang ramai menggunakan aplikasi penjejak dalam telefon bimbit masing-masing untuk memantau pergerakan ahli keluarga dan kanak-kanak.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata masyarakat juga dinasihatkan agar mengambil peduli pergerakan ahli keluarga dan anak serta mengetahui lokasi mereka, sekali gus dapat mengelakkan berlaku peningkatan kes orang hilang.

“Orang ramai boleh menggunakan aplikasi atau sistem penjejak yang sedia ada dalam telefon pintar untuk mengesan keberadaan ahli keluarga masing-masing.
“Saya sendiri sebagai IGP (Ketua Polis Negara) pun menggunakan sistem penjejak dalam telefon pintar untuk menjejak keberadaan anak dan isteri saya jika berlaku apa-apa kepada mereka,” katanya dalam sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas jawatan Ketua Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Guna Aplikasi Penjejak Pantau Pergerakan Ahli Keluarga Kpn
ArticlePublished 29 Aug 2024 1.19 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM