Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Gisbh Siasatan Terhadap Gisbh Dijalankan Mengikut Peruntukan Sedia Ada Kpn

Diterbitkan: 15 Oct 2024 9.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 15 Oktober 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematuhi semua peruntukan yang sedia ada dalam siasatannya terhadap GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), kata Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-gisbh-siasatan-terhadap-gisbh-dijalankan-mengikut-peruntukan-sedia-ada-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:48 MYT
Kuala Lumpur, 15 Oktober 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematuhi semua peruntukan yang sedia ada dalam siasatannya terhadap GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), kata Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain

Beliau berkata siasatan yang dijalankan adalah berdasarkan laporan dan maklumat yang diterima serta hasil risikan dijalankan pihak polis, dan siasatan itu dijalankan dengan berhati-hati dalam memastikan ia telus dan menyeluruh.

“Seperti dijelaskan sebelum ini, PDRM menjalankan siasatan di bawah undang-undang yang ada di Malaysia untuk kesalahan seperti Akta Kanak-kanak, Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan akta-akta lain,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Tan Sri Razarudin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan tiada keperluan kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal milik GISBH dalam Op Global berkenaan, diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti yang dimainkan sesetengah pihak.

Tan Sri Razarudin berkata siasatan terhadap GISBH turut dijalankan di bawah kes jenayah iaitu Kanun Keseksaan (KK) seperti Seksyen 506 KK serta Seksyen 354 KK dan terdapat kertas siasatan telah didakwa di mahkamah, selain Op Global dilaksanakan dengan kerjasama agensi lain.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2351895

Sumber: BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 15 Oct 2024 9.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM