Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Ghairah Muat Naik Video Kejadian Jenayah Boleh Jejas Siasatan Polis Pengarah Jpjkk

Published: 26 May 2026 1.17 AM Updated: 15 Aug 2026 6.57 PM
Teluk Intan, 23 Mei 2026 – Polis mengingatkan orang ramai supaya lebih bertanggungjawab sebelum memuat naik rakaman video berkaitan kejadian jenayah atau salah laku menerusi media sosial kerana tindakan itu boleh menjejaskan siasatan selain memberi implikasi dari sudut perundangan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-ghairah-muat-naik-video-kejadian-jenayah-boleh-jejas-siasatan-polis-pengarah-jpjkk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:24 MYT
 
Teluk Intan, 23 Mei 2026 – Polis mengingatkan orang ramai supaya lebih bertanggungjawab sebelum memuat naik rakaman video berkaitan kejadian jenayah atau salah laku menerusi media sosial kerana tindakan itu boleh menjejaskan siasatan selain memberi implikasi dari sudut perundangan.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Noor Hisam Nordin berkata terdapat segelintir pihak yang terlalu ghairah mengejar perhatian di media sosial tanpa memahami kesan terhadap siasatan pihak berkuasa.

“Ada rakaman yang boleh dijadikan bahan membantu siasatan, namun ada juga yang akhirnya menjejaskan siasatan terutama apabila ia dimuat naik tanpa memahami implikasi undang-undang serta kesan terhadap pihak terlibat.

“Kita (polis) juga bimbang video yang dimuat naik itu boleh mengancam keselamatan individu terbabit sekiranya identiti mereka dikenal pasti pihak tertentu, terutama jika melibatkan kegiatan jenayah atau penjenayah berbahaya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Diskusi Town Hall Karnival Pencegahan Jenayah Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-219 di Dataran Menara Condong di sini hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://bernama.com/bm/news.php/politik/news.php?id=2560704

Sumber: Bernama dan Polis Perak

Artikel Pilihan Ghairah Muat Naik Video Kejadian Jenayah Boleh Jejas Siasatan Polis Pengarah Jpjkk
ArticlePublished 26 May 2026 1.17 AMUpdated 15 Aug 2026 6.57 PM