Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Geng William Tumpas Selepas 13 Tahun

Published: 25 Sep 2020 12.20 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 25 September 2020 - Polis berjaya menumpaskan sindiket curi kenderaan dikenali Geng William yang aktif melakukan jenayah itu di seluruh negara melalui penahanan 10 ahlinya termasuk seorang wanita.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-geng-william-tumpas-selepas-13-tahun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:14 MYT

Kuala Lumpur, 25 September 2020 - Polis berjaya menumpaskan sindiket curi kenderaan dikenali Geng William yang aktif melakukan jenayah itu di seluruh negara melalui penahanan 10 ahlinya termasuk seorang wanita.

Kumpulan yang dipercayai aktif sejak 13 tahun itu mensasarkan kenderaan 'panas' sebelum meleraikannya bagi tujuan penjualan aksesori kenderaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Saiful Azly Haji Kamaruddin berkata, kegiatan kumpulan itu terbongkar hasil risikan dan siasatan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) selepas menerima laporan kecurian Toyota Vellfire di Taman Naga Emas, Salak Selatan pada 24 Ogos lalu.

"Bertindak atas maklumat, polis menahan sembilan lelaki dan seorang wanita berusia antara 17 hingga 66 tahun dalam serbuan berasingan di sekitar ibu kota, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan serta Pahang bermula 8 September hingga semalam.

"Hasil serbuan itu, polis menemui enam kereta pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM600,000 yang disyaki dicuri suspek.

"Soal siasat ke atas suspek membawa kepada penemuan sebuah stor digunakan sebagai tempat memotong dan meleraikan kenderaan curi di Kawasan Perindustrian Nilai 7, Negeri Sembilan. "Polis menemui pelbagai aksesori kereta dan peralatan curi kenderaan serta sebuah Honda Civic yang baru saja dilaporkan hilang di Pandan Indah, Selangor," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/…/geng-william-tumpas-selepas-13-…

Sumber: Harian Metro

ArticlePublished 25 Sep 2020 12.20 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM