
Artikel
Artikel Pilihan Evolusi Baharu 69 Komando
Taiping, 1 Mac 2022 - Peranan pasukan 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang asalnya ditubuhkan untuk memfokuskan kepada peperangan di hutan bagi menumpa...
Taiping, 1 Mac 2022 - Peranan pasukan 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang asalnya ditubuhkan untuk memfokuskan kepada peperangan di hutan bagi menumpaskan pengganas komunis masih relevan, kerana kini mereka mampu untuk diaturgerakkan di pelbagai kawasan termasuk bandar dan kawasan terbina.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Razarudin Husain berkata, evolusi unit itu yang mampu diatur gerak melalui udara, darat dan laut bagi menangani sebarang krisis keganasan adalah amat membanggakan.
"Pucuk pimpinan pasukan akan terus memastikan 69 Komando mendapat perhatian dan keutamaan dalam perolehan persenjataan, peralatan khas dan aset-aset bagi menyeimbangkan kualiti sumber manusia dan kelengkapan persenjataan serta aset yang bersesuaian.
Saya percaya dengan pengurusan sumber manusia yang berkualiti dan kelengkapan yang tepat, tahap kesiapsiagaan sesebuah pasukan seperti 69 Komando akan berada pada tahap yang optimum," katanya ketika berucap pada Majlis Pentauliahan Beret dan Penutup Kursus Asas 69 Komando Siri 1/2021 di Markas Latihan Luar Cawangan Latihan Peperangan Khas 69 Komando di Trong di sini, hari ini.
Beliau berkata 69 Komando merupakan sebuah unit yang mempunyai kualiti dan standard tersendiri serta memiliki keupayaan yang diatur gerak melalui darat, laut dan udara, membolehkan unit itu berkeupayaan melaksanakan penugasan yang melibatkan isu-isu keselamatan dan ketenteraman awam dengan lebih versatil.
Sumber: Harian Metro