
Artikel
Artikel Pilihan Empat Polis Ipd Tumpat Cedera Dilibas Parang
Akibat serangan itu, dua mangsa luka di lengan, terpaksa menerima lapan jahitan serta luka sepanjang sembilan sentimeter di belakang kepala, manakala dua lagi...
Tumpat, 14 Februari 2022 - Empat pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat cedera dilibas parang dan kerambit oleh seorang lelaki mengamuk di Kampung Sedar di sini, malam kelmarin.
Akibat serangan itu, dua mangsa luka di lengan, terpaksa menerima lapan jahitan serta luka sepanjang sembilan sentimeter di belakang kepala, manakala dua lagi cedera ringan di belakang badan dan tangan.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, semua mangsa yang berusia 20-an hingga 30-an itu bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah.
"Pada jam 8.30 malam Sabtu lalu, kami menerima panggilan kecemasan mengenai seorang lelaki dipercayai sakit mental mengamuk dan pegawai serta anggota terbabit bergegas ke lokasi untuk membuat tangkapan segera.
"Ketika proses tangkapan itu, suspek yang bersenjata sebilah parang dan kerambit bertindak agresif sehingga berlaku pergelutan.
"Dalam pergelutan itu, semua mangsa mengalami kecederaan termasuk dua agak parah dan menerima jahitan akibat terkena libasan suspek yang berada di bawah pengaruh dadah itu.
"Lelaki itu direman empat hari mulai semalam hingga 16 Februari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958," katanya.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../empat-polis-tumpat-cedera...