Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Empat Laporan Eksploitasi Kanak Kanak Polis Siasat Dan Pantau Sebuah Syarikat Timbalan Kpn

Diterbitkan: 07 Sep 2024 8.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Bangi, 7 September 2024 - Sebuah syarikat kini dalam pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan beberapa laporan polis yang diterima terhadap syarikat itu, termasuk empat laporan terbaru di Selangor berkait eksploitasi kanak-kanak.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-empat-laporan-eksploitasi-kanak-kanak-polis-siasat-dan-pantau-sebuah-syarikat-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:38 MYT
Bangi, 7 September 2024 - Sebuah syarikat kini dalam pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan beberapa laporan polis yang diterima terhadap syarikat itu, termasuk empat laporan terbaru di Selangor berkait eksploitasi kanak-kanak.
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata PDRM ketika ini sedang mengumpulkan statistik laporan polis yang diterima di seluruh negara membabitkan syarikat itu.
"Kita ada terima laporan berkaitan syarikat terbabit dengan empat (laporan) yang terbaru di Selangor. Kes disiasat mengikut Seksyen 32(a) Akta Kanak-kanak 2001.
"Laporan itu diterima baru-baru ini. Siasatan berkaitan mengeksploitasi kanak-kanak untuk dana derma dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Awam ke-20 Tahun 2024 di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../4-laporan-eksploitasi...

Sumber: Berita Harian

Artikel Pilihan Empat Laporan Eksploitasi Kanak Kanak Polis Siasat Dan Pantau Sebuah Syarikat Timbalan Kpn
ArtikelDiterbitkan 07 Sep 2024 8.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM