Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Empat Anggota Sindiket Judi Diserahkan Kepada Polis Singapura Pengarah Jsj

Published: 09 Jul 2024 1.33 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Johor Bahru, 9 Julai 2024 - Empat warga Singapura yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terlibat sindiket pertaruhan judi haram pada 1 Julai lepas, hari ini diserahkan kepada Singapore Police Force (SPF).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-empat-anggota-sindiket-judi-diserahkan-kepada-polis-singapura-pengarah-jsj
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:21 MYT
Johor Bahru, 9 Julai 2024 - Empat warga Singapura yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terlibat sindiket pertaruhan judi haram pada 1 Julai lepas, hari ini diserahkan kepada Singapore Police Force (SPF).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata keempat-empat lelaki berusia lingkungan 41 hingga 60 tahun itu mempunyai pelbagai rekod jenayah di republik berkenaan.

Beliau berkata dalam operasi sama turut ditahan dua wanita tempatan berusia 29 dan 34 tahun yang berperanan menguruskan transaksi judi, hasil perkongsian maklumat daripada pihak berkuasa Singapura.

"Keenam-enam individu ini telah dituduh semalam di bawah Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953. Mereka dijatuhi hukuman denda dan telah membayar denda masing-masing.
"Serahan empat warga Singapura kepada SPF adalah untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya pada sidang media bersama PDRM dan SPF di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini hari ini, yang turut dihadiri Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis (Siasat dan Risikan) dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah SPF DCP Zhang Weihan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Empat Anggota Sindiket Judi Diserahkan Kepada Polis Singapura Pengarah Jsj
ArticlePublished 09 Jul 2024 1.33 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM