Artikel
Artikel Pilihan Empat Anggota Sindiket Judi Diserahkan Kepada Polis Singapura Pengarah Jsj
Johor Bahru, 9 Julai 2024 - Empat warga Singapura yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terlibat sindiket pertaruhan judi haram pada 1 Julai lepas,...
Johor Bahru, 9 Julai 2024 - Empat warga Singapura yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terlibat sindiket pertaruhan judi haram pada 1 Julai lepas, hari ini diserahkan kepada Singapore Police Force (SPF).
Beliau berkata dalam operasi sama turut ditahan dua wanita tempatan berusia 29 dan 34 tahun yang berperanan menguruskan transaksi judi, hasil perkongsian maklumat daripada pihak berkuasa Singapura.
"Keenam-enam individu ini telah dituduh semalam di bawah Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953. Mereka dijatuhi hukuman denda dan telah membayar denda masing-masing.
"Serahan empat warga Singapura kepada SPF adalah untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya pada sidang media bersama PDRM dan SPF di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini hari ini, yang turut dihadiri Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis (Siasat dan Risikan) dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah SPF DCP Zhang Weihan.
Sumber: BERNAMA
