Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Eksploitasi Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak Kanak Semakin Membimbangkan

Diterbitkan: 04 Sep 2022 12.44 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Sumber: Berita Harian Online
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-eksploitasi-seksual-dalam-talian-terhadap-kanak-kanak-semakin-membimbangkan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:56 MYT
Artikel Pilihan Eksploitasi Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak Kanak Semakin Membimbangkan
Laman Utama / Artikel / Artikel Pilihan Eksploitasi Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak Kanak Semakin Membimbangkan
Kembali ke Pustaka
Artikel

Artikel Pilihan Eksploitasi Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak Kanak Semakin Membimbangkan

Sumber: Berita Harian Online
Putrajaya, 4 September 2022 - Eksploitasi seksual secara dalam talian terhadap kanak-kanak di Malaysia, semakin membimbangkan apabila sebanyak 106,764 alamat Protokol Internet (IP) berdaftar di negara ini dikesan membuat perkongsian kandungan lucah membabitkan golongan itu sejak 2017 hingga Ogos lalu.
Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, data dikongsikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menunjukkan perkembangan tidak sihat, terutama membabitkan golongan kanak-kanak.
Jika tidak dibendung, beliau berkata, ia dikhuatiri akan mendorong ketagihan seks dan seterusnya membawa kepada perlakuan seksual lain yang boleh menjurus kesalahan jenayah seperti rogol, mencabul kehormatan dan "sextortion" (ugutan berkait seksual).
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-Kanak, di sini, hari ini.
Berdasarkan statistik PDRM antara Januari hingga Jun lalu, Datuk Seri Rina memaklumkan, sebanyak 1,348 kes direkod membabitkan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dengan paling tinggi ialah kes rogol, iaitu 641 kes atau 47.6 peratus.
"Selain itu, kesalahan mencabul membabitkan 438 kes, sumbang mahram (127), seks luar tabii (95) dan rogol berkumpulan (47)," katanya.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../eksploitasi-seksual-dalam...

Artikel Pilihan Eksploitasi Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak Kanak Semakin Membimbangkan
ArtikelDiterbitkan 04 Sep 2022 12.44 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM