Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Ejen Sindiket Seludup Migran Ditahan Cuba Sogok Polis Rm50 000 Kpn

Diterbitkan: 09 Dec 2024 2.41 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 9 Disember 2024 - Gara-gara mahu melepaskan diri dan tiga rakan yang dicekup kerana terlibat dalam kegiatan penyeludupan pendatang tanpa izin (PATI), seorang lelaki sanggup mencuba nasib dengan menawarkan sogokan RM50,000 kepada pegawai polis.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-ejen-sindiket-seludup-migran-ditahan-cuba-sogok-polis-rm50-000-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:03 MYT
Kuala Lumpur, 9 Disember 2024 - Gara-gara mahu melepaskan diri dan tiga rakan yang dicekup kerana terlibat dalam kegiatan penyeludupan pendatang tanpa izin (PATI), seorang lelaki sanggup mencuba nasib dengan menawarkan sogokan RM50,000 kepada pegawai polis.

Tindakan ejen sindiket penyeludupan migran berusia 24 tahun itu mengundang padah apabila tawarannya itu ditolak pegawai polis yang bertugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan yang dijalankan sepasukan Briged Tenggara dan Batalion 9 Pasukan Gerakan Am di Kota Bharu, Kelantan Sabtu lepas.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata menerusi operasi itu, pihaknya telah menahan tiga lelaki berusia 27 hingga 32 tahun yang disyaki berperanan sebagai tekong selepas mengesan tiga kereta jenis Honda Civic, Perodua Myvi dan Ativa dalam keadaan mencurigakan di tepi semak di Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu kira-kira 6.30 pagi.

Beliau berkata seramai 16 PATI warga Myanmar terdiri daripada 11 lelaki, empat wanita dan seorang kanak-kanak turut ditahan dalam operasi berkenaan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 09 Dec 2024 2.41 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM