Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Dua Polis Cedera Ditetak Penagih Dadah

Published: 28 Sep 2022 2.23 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Shah Alam, 27 September 2022 - Dua anggota polis cedera di tangan selepas ditetak seorang penagih dadah di sebuah rumah di Kampung Sungai Kandis, Seksyen 36, di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-dua-polis-cedera-ditetak-penagih-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 16:57 MYT
Shah Alam, 27 September 2022 - Dua anggota polis cedera di tangan selepas ditetak seorang penagih dadah di sebuah rumah di Kampung Sungai Kandis, Seksyen 36, di sini semalam.

Dalam kejadian pada 3.45 petang, Lans Koperal Mohammad Ridzuan Marsudi, 31, parah pada pergelangan tangan kiri, manakala Inspektor Mohd Zulhusni Hassani, 30, cedera di pergelangan tangan kanan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kedua-dua anggota berkenaan bertugas di Bahagian D4 (Risikan / Operasi / Rekod Jenayah), Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan sudah menerima rawatan di Hospital Shah Alam.

Bagaimanapun, Lans Koperal Mohammad Ridzuan kemudian dirujuk ke Hospital Selayang bagi pembedahan tangannya dan kini dilaporkan stabil.

Siasatan mendapati suspek tinggal berseorangan di rumah berkenaan manakala abangnya tinggal bersebelahan.

"Hasil ujian kencing mendapati suspek positif Methamphetamine, Amphetamine dan Tetrahydro Cannabinol Hydrocarboxy Lic Acid (THC) serta mempunyai rekod lampau bersabit Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

"Suspek kini direman tiga hari hingga Khamis ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 307/326 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../dua-polis-cedera-ditetak...

Artikel Pilihan Dua Polis Cedera Ditetak Penagih Dadah
ArticlePublished 28 Sep 2022 2.23 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM