Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Dua Marshall Termasuk Seorang Berpangkat Datuk Ditahan Motosikal Dirampas

Published: 08 Dec 2021 1.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Port Dickson, 8 Disember 2021 - Dua lelaki termasuk seorang berpangkat Datuk yang dipercayai terlibat dalam rakaman aksi “marshall” seperti yang tular dalam sebuah video di Facebook Ahad lalu, ditahan ketika menyerah diri di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, hari Isnin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-dua-marshall-termasuk-seorang-berpangkat-datuk-ditahan-motosikal-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:00 MYT
 
Port Dickson, 8 Disember 2021 - Dua lelaki termasuk seorang berpangkat Datuk yang dipercayai terlibat dalam rakaman aksi “marshall” seperti yang tular dalam sebuah video di Facebook Ahad lalu, ditahan ketika menyerah diri di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, hari Isnin.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, kedua-dua mereka yang berusia 45 dan 49 tahun itu hadir ke balai polis, masing-masing pada pukul 12.45 tengah hari dan 2.30 petang.

“Salah seorang berpangkat Datuk adalah ahli perniagaan dan seorang ejen insuran telah hadir ke balai trafik sejurus selepas mengetahui aksi mereka yang dirakam telah ditularkan secara meluas di media sosial.

“Pihak polis telah menahan kedua-dua lelaki sebaik mereka menyerah diri di Balai Polis Trafik Port Dickson,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jelas Superintenden Aidi Sham, polis turut merampas dua buah motosikal berkuasa tinggi dan beberapa barangan milik individu yang digunakan kedua-dua “marshall” berkenaan seperti yang dirakam.

“Kami masih menjalankan siasatan lanjut secara menyeluruh terhadap kedua-dua lelaki ini jika wujud lain-lain kesalahan,” katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut:

ArticlePublished 08 Dec 2021 1.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM