Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Dua Lagi Batalion Pga Bakal Diwujudkan Di Sabah Kpn

Published: 28 Feb 2023 12.30 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Sumber: BERNAMA
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-dua-lagi-batalion-pga-bakal-diwujudkan-di-sabah-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:54 MYT
Artikel Pilihan Dua Lagi Batalion Pga Bakal Diwujudkan Di Sabah Kpn
Home / Article / Artikel Pilihan Dua Lagi Batalion Pga Bakal Diwujudkan Di Sabah Kpn
Back to Library
Article

Artikel Pilihan Dua Lagi Batalion Pga Bakal Diwujudkan Di Sabah Kpn

Sumber: BERNAMA
Kota Kinabalu, 28 Februari 2023 - Sebanyak dua lagi batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) bakal diwujudkan di Sabah iaitu Batalion 21 Keningau dan Batalion 22 Kunak, kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani.

Beliau berkata penambahan dua batalion itu, menjadikan Sabah bakal mempunyai tujuh batalion PGA secara keseluruhan dengan lima sedia ada iaitu Batalion 14 Tawau, Batalion Sandakan, Batalion 16 Kinarut, Batalion 17 PGA Lahad Datu dan Batalion 20 PGA Beluran.

Beliau berkata demi memperkukuh serta memperketatkan lagi kawalan di sempadan negara, Polis Diraja Malaysia kini sedang giat membangunkan satu lagi pos baharu PGA iaitu Pos Pangalungan di Nabawan.
“Saya yakin, dengan adanya penambahan pos dan batalion berkenaan, akan dapat mempertingkatkan lagi mutu kawalan keselamatan terutamanya di kawasan sempadan, bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin, selain turut menghalang jenayah rentas sempadan,” katanya di sini hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2168620

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Dua Lagi Batalion Pga Bakal Diwujudkan Di Sabah Kpn
ArticlePublished 28 Feb 2023 12.30 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM