Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Dua Kumpulan Jenayah Terancang Tumpas Dalam Op Jack Sparrow Kpn

Diterbitkan: 24 Sep 2025 9.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 24 September 2025 - Polis menumpaskan dua kumpulan jenayah terancang yang aktif sejak 2023 dengan penahanan 17 individu melalui operasi khas 'Op Jack Sparrow' pada 11 September lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-dua-kumpulan-jenayah-terancang-tumpas-dalam-op-jack-sparrow-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:26 MYT
Kuala Lumpur, 24 September 2025 - Polis menumpaskan dua kumpulan jenayah terancang yang aktif sejak 2023 dengan penahanan 17 individu melalui operasi khas 'Op Jack Sparrow' pada 11 September lalu.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berkata, operasi dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan kerjasama pasukan JSJ Kontinjen, hasil risikan terhadap kumpulan berkenaan yang dipercayai terbabit dalam pelbagai jenayah kekerasan.

"Operasi ini menumpaskan kumpulan jenayah terancang yang aktif melakukan jenayah kekerasan di sekitar Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Perak.
"Dalam operasi khas itu, polis menahan 17 suspek berusia antara 19 hingga 44 tahun membabitkan dua kumpulan berbeza yang dipercayai mempunyai kaitan langsung dengan kegiatan jenayah terbabit.

"Kumpulan ini pernah menimbulkan kebimbangan umum apabila melakukan serangan di sebuah restoran di Taman Sentosa, Klang, awal tahun ini hingga menyebabkan kematian serta tular di media sosial," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

Sumber: Berita Harian

 
ArtikelDiterbitkan 24 Sep 2025 9.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM