Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Demi Sang Saka Biru

Published: 25 Feb 2023 2.00 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuching, 25 Februari 2023 - Demi mencapai cita-citanya menjadi anggota pasukan penguatkuasa undang-undang, Konstabel Mohamad Ezwan Misri, 25, sanggup meninggalkan kerjaya dengan gaji lumayan yang sesuai dengan kelulusannya.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-demi-sang-saka-biru
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:00 MYT
Kuching, 25 Februari 2023 - Demi mencapai cita-citanya menjadi anggota pasukan penguatkuasa undang-undang, Konstabel Mohamad Ezwan Misri, 25, sanggup meninggalkan kerjaya dengan gaji lumayan yang sesuai dengan kelulusannya.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni Kulinari daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata, beliau sempat bekerja selama setahun di sebuah restoran di ibu negara sebelum menerima tawaran untuk menyertai Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel.

Mohamad Ezwan yang berasal dari Kuala Selangor itu berkata, sebaik menerima tawaran itu, beliau tidak berfikir panjang kerana itulah kerjaya yang menjadi cita-citanya sejak kecil.
"Saya sebenarnya sudah memohon untuk menjadi anggota polis sebaik sahaja selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) namun belum rezeki.

"Kemudian saya melanjutkan pelajaran di UiTM dan tidak menyangka tawaran untuk menyertai PDRM hadir selepas saya tamat pengajian peringkat tinggi dan saya terus menerimanya," katanya ketika ditemui selepas Perbarisan Tamat Latihan PLAK Konstabel Bilangan 53 Siri 6/2022 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuching, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../02/939854/demi-sang-saka-biru#
ArticlePublished 25 Feb 2023 2.00 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM