Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Cawangan Latihan Para 69 Komando Akan Dinaik Taraf

Published: 23 Aug 2023 8.26 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Taiping, 23 Ogos 2023 - Cawangan Latihan Payung Terjun (PARA) 69 Komando akan dinaik taraf sebagai Pusat Latihan Payung Terjun dan Pusat Latihan Selam mulai tahun depan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-cawangan-latihan-para-69-komando-akan-dinaik-taraf
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:41 MYT
Taiping, 23 Ogos 2023 - Cawangan Latihan Payung Terjun (PARA) 69 Komando akan dinaik taraf sebagai Pusat Latihan Payung Terjun dan Pusat Latihan Selam mulai tahun depan.

Komander 69 Komando, SAC Hamzah Hashim berkata, pusat latihan berkenaan akan dibina di sekitar kawasan Ibu Pejabat 69 Komando di Ulu Kinta.
Beliau berkata penaiktarafan itu akan dilakukan secara berperingkat, selaras dengan tugas serta tanggungjawab 69 Komando yang dilihat semakin mencabar dengan peredaran zaman.

"Kami berhasrat supaya kemahiran payung terjun dan selam ini dapat diperluas kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia tidak mengira daripada mana-mana jabatan," katanya kepada Bernama selepas membuat aksi terjunan payung terjun di Padang Tekah di sini, semalam.

SAC Hamzah berkata, pada masa ini, pihaknya turut menggunakan fasiliti Pusat Latihan Peperangan Khusus, Angkatan Tentera Malaysia di Kem Sungai Udang, Melaka bagi latihan payung terjun pegawai dan anggota 69 Komando.

Dalam pada itu, SAC Hamzah berharap kerajaan dapat mempertimbangkan penambahan perjawatan dalam 69 Komando bagi memantapkan cawangan latihan payung terjun.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.astroawani.com/.../cawangan-latihan-para-69...

Sumber: Astro AWANI

Artikel Pilihan Cawangan Latihan Para 69 Komando Akan Dinaik Taraf

ArticlePublished 23 Aug 2023 8.26 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM