Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Bukit Aman Jangka 2 1 Juta Kenderaan Guna Lebuh Raya Jalan Bandaran Sempena Cuti Deepavali

Published: 10 Oct 2025 4.13 AM Updated: 15 Aug 2026 6.43 PM
Bentong, 9 Oktober 2025 - Sekitar 2.1 juta kenderaan dianggarkan akan bergerak menuju pelbagai destinasi pada cuti perayaan Deepavali ini dalam tempoh 17 hingga 22 Oktober ini. Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, berkata pihaknya akan menggerakkan lebih 500 pegawai dan anggota di seluruh negara bagi mengawasi situasi dan perg
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-bukit-aman-jangka-2-1-juta-kenderaan-guna-lebuh-raya-jalan-bandaran-sempena-cuti-deepavali
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:26 MYT
Bentong, 9 Oktober 2025 - Sekitar 2.1 juta kenderaan dianggarkan akan bergerak menuju pelbagai destinasi pada cuti perayaan Deepavali ini dalam tempoh 17 hingga 22 Oktober ini.

Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, berkata pihaknya akan menggerakkan lebih 500 pegawai dan anggota di seluruh negara bagi mengawasi situasi dan pergerakan di sepanjang lebuh raya dan jalan bandaran.

"Pada cuti musim perayaan Deepavali ini, kita anggarkan lebih 2.1 juta kenderaan akan berada di atas lebuh raya untuk orang ramai kembali atau menuju destinasi masing-masing.

"Fokus utama kami JSPT adalah untuk memastikan kelancaran pergerakan di jalan raya terutama di lebuh raya dan jalan bandaran selain lokasi tumpuan ramai seperti kawasan pelancongan. Pegawai dan anggota akan ditugaskan dalam memastikan pengguna kenderaan tidak melakukan kesalahan undang-undang jalan raya, juga bagi menyuraikan peningkatan kenderaan yang bertambah di sesebuah lokasi tumpuan atau hotspot," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Latihan Menembak JSPT Bersama Media 2025 di Lapang Sasar Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../bukit-aman-jangka-21-juta...


Bukit Aman jangka 2.1 juta kenderaan guna lebuh raya, jalan bandaran sempena cuti Deepavali | Berita Harian
ArticlePublished 10 Oct 2025 4.13 AMUpdated 15 Aug 2026 6.43 PM