Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Bukit Aman Gempur Kongsi Gelap Sarang Dadah Di Klang

Diterbitkan: 21 Jan 2024 10.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 21 Januari 2024 - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, menggempur segala elemen berkaitan kumpulan kongsi gelap dan gangsterism dalam Op Khas Aman Fasa 1 2024 di daerah Klang Selatan dan Klang Utara, dekat sini, yang berakhir hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-bukit-aman-gempur-kongsi-gelap-sarang-dadah-di-klang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:55 MYT
Kuala Lumpur, 21 Januari 2024 - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, menggempur segala elemen berkaitan kumpulan kongsi gelap dan gangsterism dalam Op Khas Aman Fasa 1 2024 di daerah Klang Selatan dan Klang Utara, dekat sini, yang berakhir hari ini.

Operasi bermula sejak 15 Januari lalu itu, mensasarkan individu bergiat aktif dalam dua kumpulan kongsi gelap di sekitar Klang selain tapak projek pembinaan dikuasai mereka dan sarang penagihan dadah.

Seramai 133 individu ditahan termasuk 120 rakyat tempatan dalam operasi dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), JSJ Bukit Aman ini dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Timbalan Pengarah (Risikan dan Operasi) JSJ Bukit Aman, DCP Fadil Hj. Marsus berkata, operasi turut melumpuhkan aktiviti menjana kewangan dua kumpulan kongsi gelap utama itu yang sekian lama bermaharajalela di daerah ini.

"Tangkapan ahli kongsi gelap ini dibuat berdasarkan rekod keahlian sedia ada dan dikenal pasti JSJ Bukit Aman berdasarkan serbuan tangkapan individu lain yang pernah dilaksanakan dalam operasi sebelum ini.

"Melalui rekod JSJ, pihak kami kemudian membuat risikan sama ada mereka masih aktif dalam kegiatan jenayah mahupun pengedaran dadah sebelum diberkas dalam Op Khas Aman Siri 1 ini," katanya kepada Berita Harian hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/01/1203003/bukit-aman-gempur-kongsi-gelap-sarang-dadah-di-klang 
ArtikelDiterbitkan 21 Jan 2024 10.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM