Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Bukit Aman Gempur Empat Disko Tarian Berahi Bollywood Di Kompleks Wilayah

Published: 15 Oct 2023 7.19 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 15 Oktober 2023 - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, menggempur empat premis hiburan milik warga asing di Kompleks Wilayah, Jalan Dang Wangi di sini awal pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-bukit-aman-gempur-empat-disko-tarian-berahi-bollywood-di-kompleks-wilayah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:23 MYT
Kuala Lumpur, 15 Oktober 2023 - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, menggempur empat premis hiburan milik warga asing di Kompleks Wilayah, Jalan Dang Wangi di sini awal pagi tadi.
Empat pusat hiburan yang dimiliki empat pemilik warga asing ini disyaki menyajikan tarian gelek oleh penari wanita asing untuk pelanggan yang kebanyakannya adalah lelaki warga Bangladesh dan Pakistan.
Serbuan dijalankan jam 2.50 pagi oleh Bahagian (D3) Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), JSJ Bukit Aman, selepas menerima maklumat aktiviti hiburan di kompleks berkenaan yang beroperasi antara empat bulan hingga setahun lalu.
Ketua Penolong Pengarah (D3) ATIPSOM, JSJ Bukit Aman, SAC Fadil Marsus berkata, faktor utama operasi ini adalah mengenal pasti sekiranya terdapat mangsa pemerdagangan orang dengan berpandu kepada National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI).
"Polis menjalankan pemeriksaan terhadap 71 lelaki warga asing dan lapan lelaki tempatan yang juga pelanggan di empat pusat hiburan yang diserbu.
"Turut diperiksa 34 wanita disyaki penari merangkap pelayan pelanggan (GRO) empat pusat hiburan terbabit.
"Hasil pemeriksaan, polis kemudian membuat tangkapan ke atas 37 orang yang didapati melanggar pelbagai kesalahan mengikut Akta dan Peraturan Imigresen," katanya.

Sumber: Berita Harian

Artikel Pilihan Bukit Aman Gempur Empat Disko Tarian Berahi Bollywood Di Kompleks Wilayah
ArticlePublished 15 Oct 2023 7.19 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM