Artikel
Artikel Pilihan Bukit Aman Gempur Empat Disko Tarian Berahi Bollywood Di Kompleks Wilayah
Kuala Lumpur, 15 Oktober 2023 - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, menggempur empat premis hiburan milik warga asing di Kompleks Wilayah, Jalan Dang Wa...
Kuala Lumpur, 15 Oktober 2023 - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, menggempur empat premis hiburan milik warga asing di Kompleks Wilayah, Jalan Dang Wangi di sini awal pagi tadi.
Empat pusat hiburan yang dimiliki empat pemilik warga asing ini disyaki menyajikan tarian gelek oleh penari wanita asing untuk pelanggan yang kebanyakannya adalah lelaki warga Bangladesh dan Pakistan.
Ketua Penolong Pengarah (D3) ATIPSOM, JSJ Bukit Aman, SAC Fadil Marsus berkata, faktor utama operasi ini adalah mengenal pasti sekiranya terdapat mangsa pemerdagangan orang dengan berpandu kepada National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI).
"Polis menjalankan pemeriksaan terhadap 71 lelaki warga asing dan lapan lelaki tempatan yang juga pelanggan di empat pusat hiburan yang diserbu.
"Turut diperiksa 34 wanita disyaki penari merangkap pelayan pelanggan (GRO) empat pusat hiburan terbabit.
"Hasil pemeriksaan, polis kemudian membuat tangkapan ke atas 37 orang yang didapati melanggar pelbagai kesalahan mengikut Akta dan Peraturan Imigresen," katanya.
