Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Bot Whaly 435 Mudahkan Polis Masuk Lokasi Banjir Terpencil

Published: 01 Mar 2022 8.21 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Rantau Panjang, 1 Mac 2022 - Penggunaan enam bot Whaly 435 milik Pasukan Polis Marin (PPM), memudahkan usaha polis membantu mangsa banjir, khusus di lokasi terpencil sekitar kawasan terjejas banjir di sini, yang sukar dimasuki dengan bot besar.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-bot-whaly-435-mudahkan-polis-masuk-lokasi-banjir-terpencil
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:19 MYT
Rantau Panjang, 1 Mac 2022 - Penggunaan enam bot Whaly 435 milik Pasukan Polis Marin (PPM), memudahkan usaha polis membantu mangsa banjir, khusus di lokasi terpencil sekitar kawasan terjejas banjir di sini, yang sukar dimasuki dengan bot besar.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Tuan Mohd Nasaruddin M. Nasir berkata, kesemua bot berkenaan dibawa oleh PPM Pulau Pinang, menjadi aset dalam kawalan keselamatan kepada pasukan itu bagi menyelamatkan mangsa banjir.

Beliau berkata, aset itu juga dicadangkan untuk ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), balai-balai polis di kawasan Lembah Klang dan negeri atau kawasan yang sering dilanda musibah berkenaan.

"Bot Whaly 435 ini dapat melancarkan lagi tugasan agensi keselamatan kerana dapat digunakan di kawasan yang terdedah kepada air pasang surut dan perairan cetek serta senang dibawa ketika penugasan.

"Jadi, tiada lagi kekangan buat pegawai dan anggota bertugas untuk membantu mangsa di kawasan yang sukar diakses tetapi ia bergantung kepada situasi semasa.

"Tambahan pula, Rantau Panjang kini mengalami bah luar biasa yang mana kawasan sebelum ini bebas banjir turut dilanda paras air yang sangat tinggi," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut: https://www.bharian.com.my/.../bot-whaly-435-mudahkan...

Sumber: Berita Harian

Sumber gambar: BERNAMA dan Polis Daerah Pasir Mas

 
ArticlePublished 01 Mar 2022 8.21 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM