Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Bn 8 Pga Cekup 51 Pati Sembunyi Dalam Semak

Published: 25 Jun 2022 7.37 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pasir Mas, 25 Jun 2022 - Cubaan 51 pendatang asing tanpa izin (PATI) bersembunyi di dalam semak di Kampung Sapi, Jeram Perdah di sini gagal selepas dicekup oleh Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa pada Jumaat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-bn-8-pga-cekup-51-pati-sembunyi-dalam-semak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:17 MYT
Pasir Mas, 25 Jun 2022 - Cubaan 51 pendatang asing tanpa izin (PATI) bersembunyi di dalam semak di Kampung Sapi, Jeram Perdah di sini gagal selepas dicekup oleh Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa pada Jumaat.

Kesemua 47 lelaki dan empat wanita warga Myanmar itu ditahan PGA pada jam 1 petang.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, DCP Dato' Muhamad Zaki Harun berkata, bertindak atas maklumat PGA telah melakukan serbuan di kawasan semak tersebut dan menemui sekumpulan warga Myanmar dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati kesemua warga Myanmar itu tidak mempunyai sebarang pengenalan diri.

"Mereka dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Menurutnya, kesemua PATI tersebut ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, kawalan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini akan terus diperketatkan menerusi penugasan Op Wawasan.

Sumber: Sinar Harian
ArticlePublished 25 Jun 2022 7.37 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM