Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Beri Kepercayaan Kepada Polis Siasat Insiden Putra Heights Mdn

Diterbitkan: 06 Apr 2025 11.02 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.06 PM
Jitra, 6 April 2025 - Masyarakat diminta supaya memberi kepercayaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan berhubung insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pada 1 April lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-beri-kepercayaan-kepada-polis-siasat-insiden-putra-heights-mdn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 17:49 MYT
Jitra, 6 April 2025 - Masyarakat diminta supaya memberi kepercayaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan berhubung insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pada 1 April lepas.

Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pasukan polis terlibat sejak awal tragedi berkenaan, dan sehingga kini mereka masih menjalankan siasatan.

"Saya sentiasa mendapat taklimat terkini dari semasa ke semasa daripada pihak polis. Biar polis lengkapkan siasatan mencakupi semua perkara.

"Usaha mengumpul bukti memerlukan penelitian dan disiplin siasatan yang baik. Jadi, saya ajak masyarakat berikan kepercayaan kepada pasukan polis untuk selesaikan tugas mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Menteri Dalam Negeri Bersama PDRM dan Jamuan Hari Raya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di sini hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan seperti berikut,
  https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2409585&fbclid=
Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Beri Kepercayaan Kepada Polis Siasat Insiden Putra Heights Mdn

ArtikelDiterbitkan 06 Apr 2025 11.02 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.06 PM