Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Bekas Polis Berusia 103 Tahun Ajak Anak Muda Hargai Nikmat Keamanan

Diterbitkan: 10 Oct 2025 3.56 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.46 PM
Georgetown, 9 Oktober 2025 - Bekas anggota polis zaman darurat, Ang Kim Choo yang menyambut hari lahir ke-103 tahun semalam, menyifatkan tiada nikmat lebih berharga selain dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Nenek kepada 12 cucu itu berkata, detik paling membanggakan dalam hidupnya ialah apabila direkrut sebagai Konstabel Khas pada 1 April 1954 sebelum me
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-bekas-polis-berusia-103-tahun-ajak-anak-muda-hargai-nikmat-keamanan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:28 MYT
Georgetown, 9 Oktober 2025 - Bekas anggota polis zaman darurat, Ang Kim Choo yang menyambut hari lahir ke-103 tahun semalam, menyifatkan tiada nikmat lebih berharga selain dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Nenek kepada 12 cucu itu berkata, detik paling membanggakan dalam hidupnya ialah apabila direkrut sebagai Konstabel Khas pada 1 April 1954 sebelum menamatkan perkhidmatan pada 1 Jun 1960.

"Saya kerja polis tidak lama. Namun, itu masa paling saya rasa bermakna dalam hidup," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan hari lahirnya oleh Pengerusi Kelab Pencegahan Jenayah Malaysia, Dato’ Sri Johnny Ch'ng Ewe Gee di sini, malam tadi.
Menurut Kim Choo yang juga ibu tunggal, satu daripada tugas yang dilakukannya ialah memantau pelajar nakal yang terjebak anasir gengterisme dan selalu bergaduh sesama sendiri di sekolah.

"Pernah mereka lari menyorok dalam hutan. Kami 'tangkap' bawa mereka balik ke sekolah," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../bekas-polis-berusia-103...

Sumber: Harian Metro

Bekas polis berusia 103 tahun ajak anak muda hargai nikmat keamanan | Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 10 Oct 2025 3.56 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.46 PM