Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Bayaran Diskaun Saman Bagi Negeri Cuti Hujung Minggu Jumaat Berakhir 29 Dis Pengarah Jspt

Published: 17 Dec 2021 3.39 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 17 Disember 2021 - Pembayaran diskaun saman bagi negeri yang cuti hujung minggu jatuh pada Jumaat berakhir pada 29 Dis, manakala negeri yang cuti hujung minggu jatuh pada Ahad berakhir 30 Disember ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-bayaran-diskaun-saman-bagi-negeri-cuti-hujung-minggu-jumaat-berakhir-29-dis-pengarah-jspt
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:00 MYT

Kuala Lumpur, 17 Disember 2021 - Pembayaran diskaun saman bagi negeri yang cuti hujung minggu jatuh pada Jumaat berakhir pada 29 Dis, manakala negeri yang cuti hujung minggu jatuh pada Ahad berakhir 30 Disember ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kassim Karim berkata pihaknya menyeru orang ramai mengambil peluang tawaran pengurangan kompaun tertinggi ini, agar menyelesaikannya bukan di saat-saat akhir tawaran ini.

Beliau berkata susulan itu, semua kaunter bayaran akan beroperasi sepanjang waktu pejabat iaitu dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang, kecuali cuti hujung minggu dan cuti umum.

“Penetapan waktu beroperasi ini, ekoran cuti hujung minggu yang berbeza antara negeri serta pematuhan tatacara pengurusan terimaan bagi penutupan akaun akhir tahun 2021 oleh Jabatan Akauntan Negara,” katanya dalam kenyataan semalam.

Polis Diraja Malaysia sebelum ini mengumumkan tempoh diskaun untuk bayaran kompaun saman trafik yang sepatutnya berakhir pada 12 Disember lepas, dilanjutkan hingga 31 Disember ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2034542

Sumber: BERNAMA

ArticlePublished 17 Dec 2021 3.39 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM