Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Balai Polis Lintang Ditutup Sementara Dilanda Banjir Sekali Lagi

Diterbitkan: 16 Oct 2024 10.00 AM Dikemas kini: 24 Sep 2026 2.36 PM
Sumber: BERNAMA
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-balai-polis-lintang-ditutup-sementara-dilanda-banjir-sekali-lagi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:27 MYT
Artikel Pilihan Balai Polis Lintang Ditutup Sementara Dilanda Banjir Sekali Lagi
Laman Utama / Artikel / Artikel Pilihan Balai Polis Lintang Ditutup Sementara Dilanda Banjir Sekali Lagi
Kembali ke Pustaka
Artikel

Artikel Pilihan Balai Polis Lintang Ditutup Sementara Dilanda Banjir Sekali Lagi

Sumber: BERNAMA
Ipoh, 16 Oktober 2024 – Balai Polis Lintang yang terletak di Sungai Siput tidak dapat beroperasi buat sementara waktu berikutan kawasan berkenaan kembali dilanda banjir sejak malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata kerja-kerja pembersihan sudah dilakukan sejak Isnin lepas sebaik banjir pulih ketika itu.
“Kita bercadang melakukan kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh hari ini namun terpaksa ditangguhkan dahulu.
“Kawasan sekitar dinaiki air semula kira-kira 10 malam tadi akibat hujan lebat semalam. Air naik begitu cepat dan kita telah membuat pemindahan aset-aset penting di balai ke tempat lebih selamat,” katanya kepada Bernama hari ini.
Superintenden Mohd Khaizam berkata mana-mana penduduk setempat yang mahu membuat laporan polis boleh berbuat demikian di balai polis berhampiran seperti Balai Polis Simpang Jalong atau Balai Polis Salak Baru.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2352256

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Balai Polis Lintang Ditutup Sementara Dilanda Banjir Sekali Lagi
ArtikelDiterbitkan 16 Oct 2024 10.00 AMDikemas kini 24 Sep 2026 2.36 PM