Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Anggota Polis Parah Dirempuh Pemandu Positif Dadah Di Sjr

Diterbitkan: 05 Feb 2022 1.49 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Serdang, 5 Februari 2022 - Seorang anggota polis cedera parah selepas dirempuh sebuah Toyota Vios dipandu pemandu yang positif dadah ketika bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Besar Seri Kembangan, di sini, pada awal pagi Sabtu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-anggota-polis-parah-dirempuh-pemandu-positif-dadah-di-sjr
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:13 MYT
Serdang, 5 Februari 2022 - Seorang anggota polis cedera parah selepas dirempuh sebuah Toyota Vios dipandu pemandu yang positif dadah ketika bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Besar Seri Kembangan, di sini, pada awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Tuan A. A. Anbalagan berkata, dalam kejadian jam 1.53 pagi itu mangsa, Lans Koperal Meor Mohd Asri, 33, mengalami patah kaki kanan, cedera di kedua-dua belah tangan dan menerima sebanyak enam jahitan di kepala.

Menurutnya, sepasukan polis dari Balai Polis Seri Kembangan bersama unit kereta peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang berjaya menahan tiga orang suspek di Jalan SP5/2 Taman Serdang Perdana di sini sekitar jam 5.30 pagi pada Sabtu.

"Hasil keputusan ujian saringan awal air kencing ketiga-tiga suspek didapati positif dadah jenis Amphetamine, Methamphetamine dan Ketamin.

Tuan Anbalagan berkata, mangsa sedang menerima rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan Seksyen 26 Akta Polis serta Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../Anggota-polis-parah...

Sumber: Sinar Harian
ArtikelDiterbitkan 05 Feb 2022 1.49 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM