Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Anggota Polis Cedera Dirempuh Penunggang Motosikal Lari Sjr

Published: 03 Dec 2023 7.29 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Shah Alam, 3 Disember 2023 - Seorang anggota trafik dirempuh penunggang motosikal yang cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya (SJR) Op Samseng Jalanan di Persiaran Perbandaran Seksyen 14, di sini, malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-anggota-polis-cedera-dirempuh-penunggang-motosikal-lari-sjr
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 04:58 MYT
Shah Alam, 3 Disember 2023 - Seorang anggota trafik dirempuh penunggang motosikal yang cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya (SJR) Op Samseng Jalanan di Persiaran Perbandaran Seksyen 14, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam itu, Koperal Ahmad Haizaki Salimon, 42 tahun, cedera di muka dan badan, selain kini ditempatkan di zon merah Hospital Shah Alam bagi ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) pada bahagian kepala.

Dalam pada itu, penunggang motosikal berusia 21 tahun yang merempuh anggota trafik itu hanya mengalami cedera ringan dan turut dirawat di hospital sama.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Shah Alam, DSP SH Roslee SH Mohd Norrani berkata, penunggang motosikal itu tidak sepatutnya melarikan diri hanya kerana ketiadaan cermin pandang sisi dan ia bukan kesalahan berat.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../lari-sekatan-rempuh-polis...

Sumber: Harian Metro
ArticlePublished 03 Dec 2023 7.29 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM