Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Analisis Kumbahan Dedah Semakin Ramai Salah Guna Dadah Zombie Timbalan Kpn

Published: 26 Mar 2025 2.05 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, penggunaan 'Fentanyl' mula dikesan di negara ini melalui analisis sampel air kumbahan sekitar Lembah Klang, sebelum diperluaskan ke Johor.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-analisis-kumbahan-dedah-semakin-ramai-salah-guna-dadah-zombie-timbalan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:28 MYT
Bangi, 26 Mac 2025 - Dadah jenis 'Fentanyl' atau dadah Zombie antara jenis dadah baharu yang berjaya dikesan semakin meluas penggunaannya di negara ini, hasil analisis air kumbahan di sekitar Lembah Klang serta Johor.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, penggunaan 'Fentanyl' mula dikesan di negara ini melalui analisis sampel air kumbahan sekitar Lembah Klang, sebelum diperluaskan ke Johor.

"Hasilnya, kita dapati sampel di Johor juga mengandungi 'Fentanyl', maka ini menunjukkan penggunaan dadah jenis itu semakin meluas. Itu belum lagi kita buat analisis seluruh Malaysia.

"Perkara ini hasil kerjasama penyelidikan dalam bidang sains forensik antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berhubung bahan terlarang, termasuk dadah psikoaktif baharu," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pelancaran Peralatan Kerjasama Penyelidikan PDRM-UKM Bruker TIMS-TOF Pro 2 Mass Spectrometer di Makmal Forensik, Jabatan Sains Kesihatan, UKM di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../analisis-kumbahan-dedah...


Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay meninjau makmal forensik (CSI) di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia. NSTP/
ArticlePublished 26 Mar 2025 2.05 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM