Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Amaran Jangan Sewa Polis Bantuan Pengarah Jpjkk

Published: 28 Nov 2023 2.41 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kota Bharu, 28 November 2023 - Polis Diraja Malaysia memberi amaran kepada individu atau pihak syarikat supaya tidak mengambil kesempatan dengan menyewa polis bantuan untuk menjaga aset atau harta mereka.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-amaran-jangan-sewa-polis-bantuan-pengarah-jpjkk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:41 MYT
Kota Bharu, 28 November 2023 - Polis Diraja Malaysia memberi amaran kepada individu atau pihak syarikat supaya tidak mengambil kesempatan dengan menyewa polis bantuan untuk menjaga aset atau harta mereka.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Sri Aidi Ismail berkata, polis bantuan yang dilantik adalah untuk berkhidmat dengan syarikat yang memohon.
Menurutnya, sekiranya ada kes salah guna termasuk menyewa polis bantuan, pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya iaitu membatalkan sijil pelantikan polis bantuan.
"Polis bantuan ini akan dilatih selama dua bulan di Pusat Latihan Polis di seluruh negara untuk berkhidmat dengan syarikat yang memohon.

"Namun, jika ada syarikat atau agensi yang tidak memohon tetapi cuba menyewa polis bantuan, kita akan mengambil tindakan tegas.

"Mungkin ada agensi termasuk syarikat keselamatan yang tidak memohon tetapi cuba menyewa polis bantuan untuk berkhidmat serta digunakan sebagai pengawal mereka," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../amaran-jangan-sewa-polis...

Sumber: Harian Metro

Artikel Pilihan Amaran Jangan Sewa Polis Bantuan Pengarah Jpjkk
ArticlePublished 28 Nov 2023 2.41 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM