Artikel
Artikel Pilihan Aksi Superman Di Lebuhraya Guthrie Makan Diri
Sungai Buloh, 12 Jun 2024 - Aksi 'superman' sekumpulan penunggang motosikal di Lebuhraya Guthrie di sini menjerat diri selepas ditahan polis pada Rabu.
Sungai Buloh, 12 Jun 2024 - Aksi 'superman' sekumpulan penunggang motosikal di Lebuhraya Guthrie di sini menjerat diri selepas ditahan polis pada Rabu.
Tujuh penunggang motosikal termasuk lima pelajar sekolah itu ditahan pada jam 2.25 pagi oleh sepasukan Unit Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menerusi Op Samseng Jalanan
"Soal siasat dijalankan mendapati mereka merupakan kenalan rapat yang menetap di sekitar Kampung Baru Sungai Buloh, Selangor.
"Mereka mendakwa melakukan aksi itu sekadar suka-suka bersama rakan yang mempunyai minat dalam aktiviti motosikal," katanya pada Rabu.
